Menghitung Hari

Assalamualaikum.
Kalau dihitung sudah 5 bulan kerja aku makan tidur makan tidur. Hahaha.. macam dah tak ada kerja lain dah. Well kalau ikut logik takkanlah aku nak tidur makan saja setiap hari kan. Banyak masa aku habiskan dengan tengok drama korea, jepun dan anime. Jangan tak tahu aku dah terkenan demam korea dah ni. Huwaaaa... mati mati aku ingat aku tak akan terpengaruh. Last last terkena jugak. To be honest, jalan cerita memang menarik dan lebih banyak genre berbanding love story melayu yang hampir sama jalan cerita cuma berbeza watak. Aku lebih suka tengok yang thriller or action dan drama korea dan jepun memenuhi citarasa aku terutama part yang ada killer killer. Muahahaha

Cerita melayu pun ada jugak macam polis evo tu. Tapi jarang nak jumpa yang drama kebanyakannya movie.

Dan yang tak tersangka aku boleh terjebak dengan kpop. Ini semua poyo! Haha.. macam mana aku tak terkena kalau asyik dengat lagu ost yang banyak banyak untuk sebuah drama. Disebabkan curious dengan penyanyi, kita pun searchlah dan dengar lagu tu dengar lagu ni. Kesudahnya, menangislah. Tak boleh nak undur dah. Dah tersuka tanpa sengaja. Hahaha. Drama sikit.

Okay takkan tengok cerita 24 jam kan. Mesti ada benda lain yang aku buat. Dan salah satunya yang biasa dibuat pelajar lepasan spm. Ambil lesen. Aku buat untuk kereta saja, I takut naik motor u. Banyak sangat kemalangan melibatkan motor. Aku start belajar dari awal bulan januari iaitu 1/1/2017 dan officially memegang lesen P pada 26/4/2017.

Memang kena baharukan lesenlah sebab tempoh dia tiga bulan saja. Susah juga aku nak dapat lesen tu bak kata orang bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian. Kali ketiga baru aku lulus hangpa tau dak? Memang kompem hangpa tak tau kan. Yang teruknya masa first test dan secong test dua dua gagal. Jalan raya dan dalam litar. Tapi ada hikmahnya sahabat. Sebab kalau ikutkan memang aku tak ready lagi masa test tu sebab ada tempat tak mahir lagi. Sekarang Alhamdulilah boleh bawa dah sikit sikit. Kalau dulu setiap kali nak bawa mesti jantung tu dup dap dup dap. Sekarang dah kurang. Boleh bawa dengan rileks.

Apa lagi eh? Kalau kerja tu aku tak sempat nak cari. Terlajak fikir pasal result dengan lesen kereta. Memang dah rancang nak cari nak buat macam mana masa tak mengizinkan.

Keputusan matrik dah keluar. Aku dapat matrik perak. Jauh jugak tu dari kelantan. Kawan aku ramai yang dapat kelantan. Nak buat lagumana.. berpisahlah kita sahabat. Tapi masih menunggu untuk upu. Doakan semuanya lancar. Kalau ikutkan nak masuk u. Senang sikit berbanding masuk matrik.

Rasanya sampai disini sahaja. Dah kering idea ni. Apapun doakan terbaik untuk saya dan rakan seperjuangan meniti alam baru.

Live♥Laugh♥Love

Assalamualaikum

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TEDDY BEAR to WATASHI NO HOSHI

Me

My precious Iris dalam genggaman