Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

Menghitung Hari

Assalamualaikum. Kalau dihitung sudah 5 bulan kerja aku makan tidur makan tidur. Hahaha.. macam dah tak ada kerja lain dah. Well kalau ikut logik takkanlah aku nak tidur makan saja setiap hari kan. Banyak masa aku habiskan dengan tengok drama korea, jepun dan anime. Jangan tak tahu aku dah terkenan demam korea dah ni. Huwaaaa... mati mati aku ingat aku tak akan terpengaruh. Last last terkena jugak. To be honest, jalan cerita memang menarik dan lebih banyak genre berbanding love story melayu yang hampir sama jalan cerita cuma berbeza watak. Aku lebih suka tengok yang thriller or action dan drama korea dan jepun memenuhi citarasa aku terutama part yang ada killer killer. Muahahaha Cerita melayu pun ada jugak macam polis evo tu. Tapi jarang nak jumpa yang drama kebanyakannya movie. Dan yang tak tersangka aku boleh terjebak dengan kpop. Ini semua poyo! Haha.. macam mana aku tak terkena kalau asyik dengat lagu ost yang banyak banyak untuk sebuah drama. Disebabkan curious dengan penyanyi,

HARI YANG PANJANG

Assalamualaikum. Apa khabar kakak kakak adik adik sekalian? Semoga semuanya sihat dan dibawah rahmat-Nya. Hari ni first time aku bawa kawan kawan aku naik kereta dan aku drebarnya. Hihihi. Berdebar juga bawak anak orang ni. Baru boleh lesenlahkan. Masih panas panas lagi. Ikutkan rancangan kami nak lawat cikgu atau lebih sweet kami mama. Dia tak sihat dan sedang cuti panjang. Minta yang baca ni doakan untuk mama yati sihat dan boleh melakukan ibadah dengan baik. Kita nak dekat bulan ramadhan dah ni. Okay disebabkan aku baru saja boleh lesen jadi aku tak berapa berani nak bawak sorang soramg dan ambik kawan kawan aku, jadi aku minta dua orang untuk datang rumah aku. Cik Mimi dan Cik Bila. Awal diorang sampai. Sorang pukul 7.30 sorang lagi 7.55 kalau tak silap. Aku pun belum mandi lagi. Haha. Ingatkan nak datang pukul 8 pagi. Kitanya rileks jelah. Sekali pukul 7.30 dah ada depan rumah. Minta jangan kecam saya. Saya tahu saya anak dara yang perangai tak macam anak dara. Haha. Masak