HARI YANG PANJANG

Assalamualaikum. Apa khabar kakak kakak adik adik sekalian? Semoga semuanya sihat dan dibawah rahmat-Nya.
Hari ni first time aku bawa kawan kawan aku naik kereta dan aku drebarnya. Hihihi. Berdebar juga bawak anak orang ni. Baru boleh lesenlahkan. Masih panas panas lagi.
Ikutkan rancangan kami nak lawat cikgu atau lebih sweet kami mama. Dia tak sihat dan sedang cuti panjang. Minta yang baca ni doakan untuk mama yati sihat dan boleh melakukan ibadah dengan baik. Kita nak dekat bulan ramadhan dah ni.
Okay disebabkan aku baru saja boleh lesen jadi aku tak berapa berani nak bawak sorang soramg dan ambik kawan kawan aku, jadi aku minta dua orang untuk datang rumah aku. Cik Mimi dan Cik Bila. Awal diorang sampai. Sorang pukul 7.30 sorang lagi 7.55 kalau tak silap. Aku pun belum mandi lagi. Haha. Ingatkan nak datang pukul 8 pagi. Kitanya rileks jelah. Sekali pukul 7.30 dah ada depan rumah. Minta jangan kecam saya. Saya tahu saya anak dara yang perangai tak macam anak dara. Haha. Masak pun orang lain yang tolong. Setakat goreng telur goreng keropok nanak nasi biat air tu masih boleh buat.
And then aku pi mandi dan makan semua tu dalam 9 lebih baru bertolak ke rumah Cik Tiqah. Bukan main lawa lagi dia bersiap. Baju merah gitu. Aku pakai baju batch je. Tak ada baju yang lebih sopan. Nak pakai baju kurung. Memang malas nak gosok dan dah lewat. Lepas tu kami pi kedai roti. Bangga juga pandai masuk parking. Hehe.. dalam 9.45 aku sampai rumah Cik Syikin. Dah nampak muncung tu. Nasib tak berleter panjang sebab janji kul 9. Cik Ida dan Cik Sanah membonceng dan janji nak jumpa dekat sekolah machang. Kita pun tunggulah sebab mereka pi beli buah. Tunggu punya tunggu dalam 10 lebih baru jumpa. Dan terus bertolak ke rumah mama. Ingat kan boleh sampai dengan selamat dan cepat. Lain yang jadi. Disebabkan memori yang tak terlalu kuat sesat jugaklah. Masuk dua lorong, dua dua salah. Hisy, risau dah takut tak sempat sampai. Rupanya dah terlajak masuk lorong yang pertama Alhamdulilah sampai juga.
By the way sempat jumpa rakan sekelas. Dia tak percaya aku bawa kereta. Haha. 3 kali bro baru lulus jadi percayalah.
Dalam kul 11 lebih sampai 12.15 kami duk lepak rumah mama. Mama boleh baring je. Alhamdulilah sempat jumpa mama.
Lepas tu, kami pi makan cendol. Sebab dah rancang nak try cendol dekat rumah Cik Syikin. Boleh tahanlah. Beli yang spesial.
Disebabkan dah tengah hari. Cik Ida pi hantar Cik Bila dulu. Sebab adik dia nak balik dah. Biasalah hari sekolah.
Aku dan yang lain pi sekolah untuk ambik gambar grad. Not bad tapi mata aku pandang arah lain. Argh.. nak nangis tapi tak rasa sebak pun.Cik Ida sekali lagi jadi pemandu tak berbayar hantar Cik Tiqah pula balik rumah.
Kat sekolah sempat jumpa cg dan mengubat rindu dengan minum air gedegeng. Haha
Cik Ida dah tunggu dekat rumah aku. Sebab nak hantar Cik Mimi Cik Sanah dan Cik Syikin ke rumah masing masing. Cik Ida tinggalkan motor dia di rumah aku dan kami mulakan perjalanan ke rumah Cik Mimi. Memandang kan tiada sorang pun yang tahu dimana rumah dia.
Jauh juga perjalanan tapi terasa singkat sebab banyak berbual. Akunya baru boleh bawa lepas tu dah pi jauh jauh. Memang terkial kiallah. Nasib baik ada P dekat kereta.
Rumah Cik Mimi jadi port makan tengah hari dan solat zohor.
Dalam 3.30 tu kami berangkat pulang dan Cik Ida yang jadi tukang drebar. Letih juga bawa kereta ni.
Pastu kita hantarlah Cik Sanah dan Cik Syikin ke rumah masing masing.
Last sekali tinggal aku dengan Cik Ida. Memandangkan motor dia ada di rumah aku, kami berdua menuju ke rumah aku. Dan Cik Ida pulang ke rumah dengan motornya. Aduh macam buat karangan pula.
Tamat sudahlah perjalanan kami seharian dalam pukul 4 lebih juga. Memang tak ada makna untuk cerita tapi aku jenis yang mudah lupa. Aku tak nak lupa first time aku bawa sahabat aku naik kereta.
Sampai disini sajalah perjalanan untuk hari ni.
LIVE♥LAUGH♥LOVE
Assalamualaikum

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TEDDY BEAR to WATASHI NO HOSHI

Me

My precious Iris dalam genggaman