Cinta

Cinta…setiap insan pasti akan merasa bagaimana indahnya  perasaan apabila dilamun cinta. Cinta adalah rasa kasihh sayang antara dua hati yang punya perasaan ingin memiliki insan yang mereka dambakan.  Cinta tidak boleh dipaksa-paksa. Kita tak boleh minta untuk jatuh cinta dengan A atau dengan B. Kita juga tak boleh memaksa insan yang kita cinta itu punya perasaan yang sama seperti yang kita rasa. Cinta itu hadir dengan izin Allah…dia yang mengatur perjalanan kita dan mengatur segalanya tentang pekerjaan dan perjalinan kaitan hati kita.

Kadang kala walau sekuat mana kita mahu menafikan cinta yang muncul akan semakin kuat lagi cinta itu. Perlu kita ingat jangan pernah belajar membenci orang kerana mungkin kita Allah akan terbalikkan hati kita menyintai dia suatu hati nanti. Namun apa yang paling ditakuti apabila cinta hadir tak diduga dan hadir pada tempat yang tak sepatutnya.
Menyintai insan yang bukan sepatutnya amat menyakitkan.Siapakah insan yang tak sepatutnya tu? Hak milik orang lain adalah insan yang sepatutnya kita jauhi. Berhati-hati dalam meletak rasa sayang kerana kelak diri sendiri yang akan merana. Memang benar urusan hati di atur oleh Allah, namun jika tersalah tempat meletak cinta dan sayang tak salah berundur agar tidak banyak hati yang terluka di kemudian hati.
Bagi yang solo dan cinta baru berputik jangan pelik mengapa tiba-tiba kamu merasa sayang pada si dia sedangkan dulu tak pernah rasa debaran cinta tersebut kerana rasa cinta adalah saya anugerah dari Allah. Bercintalah dengan cara yang benar dan salurlah rasa sayang itu dengan sebaik cara yang disarankan agama bukan kerana nafsu semata-mata.
Moga kita merasa nikmat kasih sayang sesama kita walau tak menyangka cinta yang hadir secara tiba-tiba itu akan mengubah takdir kita. Mungkin dulu kita seorang yang pembengis tapi dengan hadirnya cinta itu kita berusaha menjadi insan yang lebih penyabar. Mungkin dulu kita seorang hamba Allah yang lalai dan leka dengan perintah Allah, namun demi cinta itu kita berusaha jadi insan yang patuh pada perintah Allah untuk menjadi seorang pencinta yang taat pada perintah Allah untuk mendapat kebahagiaan yang kekal …amin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TEDDY BEAR to WATASHI NO HOSHI

Me

My precious Iris dalam genggaman